SK Simpang Tiga, Bagan Datoh

http://www.freewebs.com/sksimpangtiga

Sejarah sekolah

                  Sekolah Kebangsaan simpang Tiga (SKST) didirikan oleh penjajah Inggeris pada tahun 1922. Guru Besar pertamanya ialah Encik Ibrahim Bin Jamal. Pada tahun 1946, bangunan sekolah dirobohkan. Murid-murid terpaksa menumpang disebuah rumah kosong di Ladang Rungkup, Batu 24 selama 2 tahun.

Gotong-royong telah dibuat untuk membina bangunan baru bersama Ketua Kampung Simpang Tiga iaitu Tuan Haji Jamal Bin Haji Seman. Bangunan ini berbatangkan nibung dan batang nipah.

Guru Besar kedua (1946-1956) ialah Tuan Haji Mohamad Bin Mohamad Amin. Bangunan bernilai RM7000 telah dibina oleh Jabatan Pelajaran untuk membesarkan sekolah ini. Atap nipah telah ditukar kepada atap zink dan lantai bersimen. Guru Besar ketiga (1959-1969) ialah Encik Suri Bin Haji Sulaiman.

Bangunan gotong royong bersama PIBG telah dibina untuk menampung murid yang ramai. Bangunan yang terlalu uzur menyebabkan murid-murid terpaksa menumpang buat kali kedua di Sekolah Agama Rakyat Sabihul Huda.

Tahun 1967, Kementerian Pelajaran telah meluluskan bangunan baru yang mempunyai pelbagai kemudahan seperti pejabat, bilik darjah, bilik guru dan tandas. Atas daya usaha Guru Besar Encik Ibrahim Bin Asrul pada tahun 1991, pihak Kementerian Pendidikan telah membina sebuah bangunan baru dua tingkat dan siap digunakan pada 1992.

Pada tahun yang sama juga projek menambak padang dan membina gelanggang serbaguna diadakan. 2 unit rumah guru dan 2 unit lagi dibina pada tahun 1993. Pada tahun 1996, sekolah telah mendapat peruntukan untuk menaik taraf bangunan lama. Kelas Pendidikan Khas dibina pada tahun 1995. Bangunan ini mula digunakan pad tahun 1997.

Di bawah kepimpinan Encik Abdul Rahim Ayub, pada tahun 1999, sekolah telah mendapat sebuah van Rusa untuk kegunaan murid-murid Pendidikan Khas daripada MayBank.

Bermula November 2000, Puan Radin Siti Badariah Binti Radin Jawadi menjadi Guru Besar sehingga Ogos 2007. Di Bawah pengredan semula sekolah, sekolah dimasukkan di bawah kategori sekolah SKM gred A  bermula 1.1.2008 dan mempunyai tiga orang Guru Penolong Kanan berjawatan hakiki. Mulai Februari 2014, Encik Mohd Nazri bin Kamaruddin telah menjadi Guru Besar Sekolah Kebangsaan Simpang Tiga sehinggalah kini.

Sekolah ini masih lagi terus gagah berdiri menerima kehadiran murid-murid untuk menuntut ilmu. Selaras dengan perkembangan teknologi maklumat, sekolah ini juga mempunyai makmal komputer dan bilik Akses untuk perkembangan ICT para pelajar.

Sekolah ini mempunyai enam bilik darjah yang menempatkan murid-murid dari tahun satu hingga tahun 6, sebuah bilik Pra Sekolah, sebuah bilik Pemulihan Khas, bilik Kemahiran Hidup, makmal sains, pejabat, bilik guru, pusat Akses Komputer dan stor . Seramai 24 orang guru dan 8 orang staf sokongan berkhidmat di sekolah ini yang mempunyai pelbagai bidang tugas dan kemahiran untuk mendidik seramai  120 orang murid   termasuk Pendidikan Khas.    

      Sehingga kehari ini, sekolah yang  berusia hampir 87 tahun ini telah  ditadbir oleh beberapa orang Guru Besar. Pelbagai pembangunan telah dilakukan untuk membolehkan penduduk menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah ini.

SENARAI NAMA GURU BESAR

 

1. EN. RAHIM BIN JAMAL 1922 - 1928 

2. EN. MOHD BAKRI BIN HAJI SANI 1929 - 1039

3. EN. MEGAT RAMLI BIN MEGAT JAAFAR 1940 - 1949

4. TN HJ.MOHD BIN MOHD AMIN 1958 - 1959

5. EN. AHMAD SURI BIN HJ. SULAIMAN 1960 - 1969

6. EN. ABDUL RAHMAN BIN BAKER 1970 - 1978

7. EN. ADAM BIN SAAD 1978 - 1987

8. EN. MOHD RAFIE BIN HJ HUSSAIN 1987 - 1989

9. EN. IBRAHIM BIN ASRAR 1989 - 1997

10. EN. ABDUL RAHIM BIN AYUB 1997 - 2000

11. PN. SITI RADIN BADARIAH BINTI RADIN JAWADI 2000 - 2007 

12. PN. RAIHANAH BINTI MOHD AMIN 2007 - 2014

13. EN. MOHD NAZRI BIN KAMARUDDIN 2014 - KINI